Sumber : JON PROSSER |
Apple baru sahaja mengumumkan tarikh pelancaran iPhone 13 pada 14 September ini. Dengan hari pelancaran yang akan tiba kurang dari seminggu, telah ada khabar angin mengenai siri iPhone seterusnya iaitu iPhone 14.
Melalui dari imej awal yang dikongsi oleh Jon Prosser, memperlihatkan konsep rekaan iPhone 14 yang mempunyai reka bentuk yang baru. Tetapi yang paling menarik mengenai konsep iPhone 14 adalah tiada takuk dan juga tiada bonggol kamera.
iPhone 14 masih lagi mempunyai fungsi Face ID namun ianya tersorok dibalik skrin dan menggunakan satu kamera swafoto jenis berlubang. Fungsi Touch ID dikatakan turut akan dibawakan yang juga terletak dibawah skrin.
Selain dari ketiadaan bonggol kamera, imej render turut memperlihatkan iPhone 14 menggunakan butang suara jenis bulat yang digunakan pada iPhone 4 dan 5. Menurut Jon Prosser lagi Apple akan menggunakan kerangka jenis Titanium pada iPhone 14 dan masih mengekalkan port pengecasan jenis Lightning dan bukannya Jenis USB C.
|
Sebenarnya masih terlalu awal untuk diperkatakan mengenai iPhone 14, memandangkan iPhone 14 akan dilancarkan lebih kurang setahun lagi. Walaubagaimanapun, Jon Prosesser mempunyai reputasi yang baik dalam dalam mendedahkan maklumat awal mengenai peranti yang dikeluarkan oleh Apple.