Close

iPhone SE 3 akan jadi model terakhir hadir dengan skrin LCD

Ketika iPhone SE 2020 dilancarkan, ia mendapat sambutan yang mengalakkan oleh peminat Apple. Walaupun terpaksa menunggu selama empat tahun untuk generasi kedua iPhone SE. Dan pada kali ini Apple tidak lagi mengambil masa yang lama untuk melancarkan iPhone SE generasi ketiga.


Menurut laporan dari China, iPhone SE 3 akan menjadi model terakhir yang akan menggunakan skrin jenis LCD. Ia bermakna model selepas ini akan hadir dengan skrin jenis OLED seperti model semasa. Laporan terbaru juga menyatakan yang iPhone SE 3 akan berasaskan reka bentuk iPhone XR bukannya iPhone 8 seperti laporan sebelum ini.

Walaupun menggunakan reka bentuk berasaskan iPhone XR, iPhone SE 3 dijangka menggunakan Touch ID di bahagian sisi seperti iPad dan bukannya menggunakan Face ID. Namun, maklumat ini bertentangan dengan apa dilaporkan pada awal bulan yang lalu.

Untuk spesifikasi dalaman semestinya Apple akan menawarkan cip terbaru mereka iaitu A15 Bionic dengan sokongan rangkaian 5G. Dari segi harga jualan, tiada perubahan dilaporkan yang mana ia akan dijual seperti mana harga jualan iPhone SE 2 iaitu $ 399 (RM1,659).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN