Close

Kemaskini Disember akan menyelesaikan masalah skrin pada siri Google Pixel 6

Uploading: 1322320 of 1322320 bytes uploaded.

Siri Google Pixel 6 telah dilancarkan pada 28 Oktober dan telah pun sampai ke tangan pengguna awal. Namun terdapat khabar berita kurang enak mengenai siri Google Pixel 6.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, terdapat beberapa pengguna mengalami masalah skrin. Skrin menjadi berkelip-kelip ketika skrin dimatikan. Selepas beberapa hari masalah tersebut timbul, Google akhirnya memberikan maklumbalas mengenai  masalah tersebut.

Google telah pun mengenalpasti masalah tersebut dan mengumumkan akan memberi kemas kini seterusnya iaitu Disember yang akan menyelesaikan masalah itu. Google turut menyatakan isu tersebut tidak melibatkan sebarang kegagalan perkakasan pada model tersebut. Dan ia akan diselesaikan melalui kemas kini Disember.

Untuk penyelesaian jangka pendek, Google mengatakan pengguna untuk tidak mengitar penggunaan butang kuasa dan tekan butang kuasa dengan lebih lama untuk menghidupkannya. Google turut mengingatkan yang masalah ini bukanlah isu besar dan tidak mencerminkan isu yang lebih mendalam.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN