Close

Siri iPhone 14 tidak akan hadir dengan teknologi binaan 3nm

Sumber : Jon Prosser

Kebanyakkan penganalisis menjangkakan yang siri iPhone seterusnya iaitu iPhone 14 akan dikuasakan dengan teknologi binaan 3nm baharu. Walaubagaimanapun, perkara tersebut dilihat tidak akan berlaku pada iPhone 14 berdasarkan dari laporan terkini.

Menurut maklumat terkini, TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturer Co.) yang merupakan pengeluar utama cip dalaman Apple, dikatakan menghadapai beberapa permasalahan yang mengakibat kepada kelewatan cip dapat disiapkan.

Sumber : Jon Prosser

Walaupun begitu, TSMC dijangka akan mendahului pengeluar lain dalam menghasilkan cip 3nm. Tetapi ia tidak akan tersedia pada siri iPhone 14 menurut dari beberapa jurutera yang arif mengenai perkara tersebut.

Meskipun Apple akan menggunakan teknologi binaan yang sama pada siri iPhone 14 ia tidak bermakna tidak akan ada sebarang penambahbaikan. Apple dijangka akan mengubah beberapa perkara seperti dari segi prestasi dan kecekapan namun ia bukan sesuatu yang akan merevolusikan industri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN