Menurut laporan dari DSCC (Digital Supply Chain Consultants), mengesahkan yang Google tidak akan melancarkan Pixel Fold seperti mana laporan sebelum ini. Berdasarkan dari pelbagai sumber yang mengatakan Google telah membatalkan pesanan dengan pembekal untuk Pixel Fold.
Walaupun begitu, laporan tersebut tidak menyatakan secara jelas adakah Pixel Fold akan dibatalkan atau ditangguhkan untuk sementara waktu. Kita mungkin tidak akan melihat Pixel Fold pada 2021 mahupun pada suku pertama 2022.
Terdapat beberapa sumber lain mengatakan Google merasakan yang peranti boleh lipat tidak akan menjadi kompetitif seperti yang sepatutnya. Sukar untuk mengatakan dengan tepat apa yang akan di lakukan oleh Google berkenaan Pixel Fold.
Google mungkin beranggapakan ia bukan masa yang sesuai untuk bersaing dalam pengeluaran peranti boleh lipat berikutan kos kebanyakkan komponen meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, ia sesuatu yang menarik untuk melihat Google mempunyai peranti boleh lipat mereka sendiri.