Close

Masalah stok alat ganti dan khidmat lepas jualan – CEO Proton ketuai mesyuarat mingguan untuk tangani masalah

Umum sedia maklum, kita sudah dengar banyak isu yang dikongsikan di media sosial dari pemilik kereta Proton, terutamanya Proton X50 dan X70 yang mengadu tentang waktu menunggu stok alat ganti yang begitu lama sehingga berbulan-bulan membuatkan pemilik tidak berpuas hati.

Bukan itu sahaja, Proton juga turut akui bahawa terdapat masalah dari segi khidmat lepas jualan.

Dalam isu yang berlaku ini, pihak Proton ingin segera tangani isu stok alat ganti dan khidmat lepas jualan. Dalam laporan terbaru, CEO Proton sendiri iaitu Dr. Li Chunrong akan ketuai mesyuarat mingguan dalam ‘war room’. 

Mesyuarat mingguan ini dikatakan telah bermula sejak 17 Januari lagi. Bukan hanya tentang isu khidmat lepas jualan sahaja, bahkan tentang perolehan, kualiti dan pengilangan juga turut dibincangkan.

Sesuatu masalah itu juga memakan masa untuk diselesaikan dan Proton juga sedang merancang untuk memastikan tiada lagi kekurangan stok alat ganti dalam jangka masa yang panjang supaya ia tidak lagi berulang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN