Close

Oppo dilaporkan akan hadir dengan teknologi pengecasan 300W

Kita telahpun melihat teknologi pengecasan pantas 300W yang dihasilkan oleh Redmi. Dan kita bakal melihat satu lagi pengeluar akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas yang sama seperti Redmi.

Berdasarkan dari laporan pakar tiris Digital Chat Station, menyatakan yang Oppo dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengecasan pantas 300W. Yang mana, pengecasan pantas tersebut akan dipadankan dengan bateri sebesar 4600mAh.

Menarik mengenai pengecasan pantas 300W dari Oppo adalah ia menawarkan kelajuan yang sama sehingga bateri mencecah 80%. Tidak seperti pengecasan pantas 300W dari Redmi yang hanya menawarkan kelajuan mengecas pada 290W hanya dalam 3 saat sahaja.

Teknologi pengecasan pantas 300W dari Oppo ini dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Tidak dapat dipastikan peranti yang akan menggunakan teknologi ini.

ARTIKEL BERKAITAN