Close

Kemas kini iOS 17 kini tersedia untuk pengguna di Malaysia

Berita gembira untuk pengguna iPhone di Malaysia. Anda kini boleh mengemaskini kepada sistem operasi terbaharu iaitu iOS 17.

iOS 17 tampil dengan beberapa perubahan pada antaramuka dan juga beberapa fungsi baharu. Selain itu, ia turut hadir dengan beberapa aplikasi baharu seperti Journal, StandBy, Live Voicemail dan lain-lain.


Bagi pengguna yang ingin mengemaskini ke iOS 17, anda disarankan untuk melakukan proses backup terlebih dahulu. 


Selain itu, pastikan sambungan Wi-Fi dalam keadaan baik dan juga peranti tidak menggunakan sebarang perkakasan dari pihak ketiga bagi mengelakkan sebarang masalah selepas kemas kini. Untuk mengemaskini ke iOS 17, pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.


ARTIKEL BERKAITAN