Penganalisis terkenal iaitu Ming Chi-Kuo menyatakan permintaan untuk iPhone 15 Pro Max adalah lebih tinggi berbanding iPhone 14 Pro Max.
Menurut beliau, iPhone 15 Pro Max telah berjaya meraih minat ramai pengguna sekaligus dapat mengatasi permintaan awal untuk iPhone 14 Pro Max pada tahun lalu. Beliau turut menyatakan yang peningkatan yang agak ketara berbanding model sebelumnya adalah salah satu faktor permintaan iPhone 15 Pro Max meningkat.
Manakala, permintaan untuk iPhone 15 Pro dijangka akan lebih rendah berbanding sebelum ini berikutan peningkatan kamera yang lebih baik pada model iPhone 15 Pro Max. Seterusnya, permintaan awal untuk iPhone 15 dan 15 Plus pula dikatakan sama seperti iPhone 14 dan 14 Plus tahun lalu.
Selain itu, jangka masa menunggu untuk iPhone 15 Pro Max dijangka akan lebih lama berbanding iPhone 14 Pro Max bukan hanya disebabkan permintaan yang tinggi, tetapi disebabkan oleh masalah pengeluaran.
Apple dijangka akan bejaya mencapai penghantaran sebanyak 80 juta unit siri iPhone 15 menjelang akhir tahun ini.