Close

Siri iPhone 15 dilaporkan menghadapi masalah kepanasan melampau – Ini sebabnya…

Siri iPhone 15 telahpun dilancarkan secara rasmi pada 13 September yang lalu. Hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih baik dan merupakan iPhone pertama yang menggunakan pengecasan USB-C.

Terbaru, beberapa kedai rasmi Apple di China telah mengeluarkan amaran untuk tidak menggunakan kabel USB-C Android untuk mengecas siri iPhone 15. Amaran tersebut dikeluarkan kerana ia mungkin akan menyebabkan masalah kepanasan yang melampau pada siri iPhone 15.

Menurut kedai eksklusif Apple di Foshan, China. Perbezaan susunan pin yang lebih rapat pada kabel USB-C Android boleh menyebabkan siri iPhone 15 akan menjadi terlampau panas apabila dicas. Justeru itu, pengguna dilarang untuk menggunakan kabel USB-C Android. 

Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang maklum balas yang dikeluarkan oleh Apple mengenai masalah ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN