Close

DJI Mini 4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3399

 

DJI Malaysia secara rasmi melancarkan pengganti kepada model semasa melalui model DJI Mini 4 Pro. Hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih baik, keupayaan sensor yang lebih maju dan ketahanan bateri yang lebih panjang.

 

 

DJI Mini 4 Pro kini hanya seberat 249 gram sahaja dan mampu menawarkan jarak penghantaran video sehingga 20 km. Dilengkapi dengan sensor kamera CMOS 1/1.3 inci yang mampu merakam imej pegun sehingga 48MP dan mampu merakam video pada resolusi 4K 60fps HDR atau 4K 100fps untuk video slow motion.

 

Turut menyokong fungsi True Vertical Shooting untuk rakaman video secara menegak yang bersesuaian dengan pelbagai platform media sosial. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan penderia halangan omnidirectional yang mampu mengesan halangan dari semua sudut dan menyokong sistem bantuan juruterbang (APAS) yang membolehkan ia membrek secara automatik dan memintas ketika penerbangan.

 

 

Terdapat juga fungsi lain seperti Waypoint Flight, Cruise Control, Advanced Return-To-Home (RTH) dan FocusTrack yang membolehkan pengguna menetapkan subjek dalam tiga mod berbeza. Dron ini mampu terbang selama 34 minit atau 45 minit dengan bateri yang lebih besar iaitu intelligent Flight Battery Plus.

 

 

Di Malaysia, DJI Mini 4 Pro ditawarkan dalam empat pakej yang berbeza dengan harga bermula dari RM3399, RM4189, RM4599 dan RM4899. Bagi yang berminat, DJI Mini 4 Pro kini boleh dibeli di semua pengedar rasmi DJI Malaysia atau menerusi kedai rasmi atas talian di Shopee atau Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN