Dalam era digital yang semakin maju, aplikasi penjejak atau Tracker App boleh dikatakan sebagai aplikasi penting yang perlu dipasang pada setiap peranti. Seperti namanya, aplikasi ini membantu untuk mengesan atau mengetahui keberadaan ahli keluarga dan rakan dengan lebih mudah.
Berikutan itu, kami ingin berkongsi 3 aplikasi terbaik kongsi dan pengesan lokasi dengan pasangan atau keluarga.
Life360
Life360 boleh dikatakan aplikasi yang popular untuk tujuan penjejakan dan perkongsian lokasi. Memfokuskan kepada keselamatan melalui lokasi masa nyata. Selain memfokuskan kepada keselamatan, aplikasi ini turut boleh digunakan untuk menjejaki atau mengesan pelbagai perkara penting seperti Keys, Wallets, Luggage dan Bikes.
Aplikasi ini turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti location sharing, crash detection, smart notifications, location history, place alert dan sebagainya. Pengguna juga boleh mengubah atau menambah ahli keluarga atau rakan dalam satu kumpulan melalui Circle. Selain itu, aplikasi ini turut menyokong fungsi pemberitahuan apabila tiba di lokasi tertentu dan terdapat butang keselamatan (SOS) untuk kecemasan.
Aplikasi ini tersedia untuk pengguna Android dan iOS. Ditawarkan dalam dua versi iaitu percuma dan berbayar. Untuk versi berbayar, ia hadir dengan beberapa fungsi tambahan yang lebih menarik. Ketika artikel ini ditulis, aplikasi ini telahpun digunakan lebih dari 100 juta pengguna di seluruh dunia.
Google Maps
Mungkin ramai yang mengetahui aplikasi ini dan menggunakan untuk tujuan navigasi sahaja. Namun tahukah anda, Google Maps turut menyokong fungsi penjejakan atau perkongsian lokasi masa nyata melalui Location sharing.
Melalui fungsi ini, ia membolehkan anda berkongsi lokasi secara masa nyata kepada ahli keluarga atau rakan. Turut menyokong penjejakan harian seperti perjalanan dan tempat yang sering dilawati. Pengguna boleh menetapkan tempoh masa untuk perkongsian lokasi. Selain itu, fungsi ini turut memaparkan maklumat lain seperti kapasiti bateri, lokasi dan keupayaan navigasi.
Find My
Berbeza dengan aplikasi Life360 dan Google Maps yang tersedia untuk pengguna Android dan iOS. Find My hanya tersedia untuk pengguna Apple sahaja. Find My tidak hanya terhad untuk menjejaki atau mengesan peranti Apple melalui fungsi Lost Mode. Namun, ia turut menyokong perkongsian lokasi masa nyata kepada ahli keluarga atau rakan.
Pada Find My, terdapat tiga pilihan yang boleh ditetapkan iaitu People, Devices dan Items. Melalui pilihan tersebut, pengguna boleh menambah ahli keluarga atau rakan, peranti Apple dan juga barangan penting. Apa yang boleh dikatakan, aplikasi ini adalah pilihan terbaik sekiranya anda pengguna Apple.