Close

Redmi 14C kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM449

Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi memperkenalkan peranti kelas permulaan baru untuk pasaran tempatan iaitu Redmi 14C. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.

Redmi 14C hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.88-inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G81 Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB eMMC 5.1.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan sensor kedalaman. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5160mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.4 dan menjalankan sistem operasi HyperOS.

Di Malaysia, Redmi 14C dijual pada harga bermula sekitar RM449 (6GB + 128GB) dan RM599 (8GB + 256GB). Peranti ini akan mula dijual bermula 13 September 2024.

ARTIKEL BERKAITAN