Close

DJI Neo tiba di Malaysia dengan harga bermula RM869

Pengeluar dron popular iaitu DJI, secara rasmi memperkenalkan dron baru mereka iaitu DJI Neo. Tampil dengan rekaan yang kompak dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

DJI Neo merupakan dron mini dengan berat hanya sekitar 139 gram dan boleh dilancar atau mendapat pada tapak tangan sahaja. Dron ini tidak memerlukan sebarang alat kawalan fizikal untuk mengawalnya. Sebaliknya, ia menggunakan butang mod yang dimuatkan pada badan dron. Terdapat 6 mod rakaman yang ditawarkan seperti Dronie, Circle, Rocket, Spotlight, Helix dan Boomerang.

DJI Neo ini dimuatkan dengan kamera 12MP dengan sensor 1/2 inci yang mampu merakam video pada resolusi sehingga 4K 30fps. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan sistem penjekaan subjek AI dan QuickShots. Dron ini hadir dengan storan dalaman 22GB yang boleh menyimpan video selama 40 minit pada 4K 30fps dan 55 minit pada 1080p 60 fps. Selain itu, ia tidak menyokong slot kad SD.

Dron ini mampu terbang pada ketinggian 2000 meter dengan jarak sehingga 7 km. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu terbang selama 18 minit dengan sekali caj.

Di Malaysia, DJI Neo dijual pada harga RM869 untuk dron sahaja dan RM1529 untuk Fly More Combo yang didatangkan dengan pelbagai aksesori lain.

ARTIKEL BERKAITAN