Penyedia perkhidmatan rangkaian Digi dilaporkan sedang menghadapi masalah gangguan rangkaian. Berikutan itu, pengguna mereka kini tidak dapat mengakses rangkaian pada ketika ini.
Merujuk kepada laman web DownDetector, masalah rangkaian tersebut bermula pada 9.59 pagi dengan laporan sebanyak 223 telah dibuat. Selain itu, aplikasi MyDigi turut memaparkan mesej pemberitahuan menyatakan sistem mereka sedang diselenggara.
Ketika artikel ini ditulis, Digi belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah tersebut.