Close

JPN dilaporkan dalam fasa akhir untuk tukar MyKad generasi baru

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilaporkan berada dalam fasa terakhir untuk memuktamadkan perolehan kad pengenalan (MyKad) generasi baru yang akan menggantikan MyKad sedia ada yang diperkenalkan pada 2012.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, penggantian MyKad ini adalah untuk memastikan kad pengenalan baru yang dikeluarkan oleh JPN mempunyai fungsi keselamatan yang tinggi dan lebih canggih seiring dengan perkembangan teknologi keselamatan yang terkini.

Tidak hanya hadir dengan fungsi keselamatan yang tinggi dan canggih, MyKad baru ini akan diperbuat dari bahan ‘polycarbonat’ yang telah diuji ketahanannya di makmal bertauliah. Bukan itu sahaja, MyKad baru ini akan menggunakan reka bentuk yang lebih moden dan mempunyai kapasiti storan yang lebih besar.

Selain itu, pengenalan MyKad baru ini adalah untuk membendung masalah atau insiden memalsu dan menyalahgunakan MyKad yang menjadi dokumen penting bagi rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai kos penggantian, JPN dikatakan sedang menjalankan kajian pasaran bagi memastikan pelaksanaan MyKad baaru itu memenuhi prinsip nilai faedah terbaik. Sekaligus, dapat memastikan kos pengeluaran yang tidak membebankan kerajaan dalam masa yang sama menjamin penggunaan sumber secara optimum sejajar garis panduan ditetapkan kerajaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN