Syarikat yang mengeluarkan AI Pin iaitu Humane mengumumkan yang aset mereka telah dijual kepada HP Inc. dengan nilai $116 juta.

Seiring dengan itu, penjualan peranti pintar yang dijana dengan kecerdasan buatan (AI Pin) telahpun dihentikan secara serta merta. Buat yang tidak mengetahui, AI Pin merupakan peranti kompak yang dimuatkan dengan pelbagai teknologi canggih. Turut dilengkapi dengan fungsi pad sentuh, kamera 13MP untuk rakaman imej dan video serta projektor kecil.
Dengan pengambilalihan ini, HP akan memperoleh keupayaan utama AI daripada Humane termasuk platform AI Cosmos, sistem operasi Cosmos, permohonan paten, kakitangan syarikat Humane dan lebih 300 paten.
Selain itu, AI Pin tidak lagi boleh digunakan atau diakses sepenuhnya selepas 28 Februari 2025. Humane turut menawarkan pemulangan wang bagi pengguna yang masih mempunyai tempoh pemulangan 90 hari dari tarikh penghantaran.