iPhone 16e telahpun diperkenalkan secara rasmi, merupakan pengganti kepada iPhone SE 3. Model ini ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding siri iPhone 16.

iPhone 16e hadir dengan pakej yang menarik dengan rekaan serba baru dan spesifikasi yang lebih berkuasa. Walaupun hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa namun iPhone 16e tidak menyokong fungsi MagSafe seperti mana yang ditawarkan pada siri iPhone 16.

MagSafe mula diperkenalkan pada tahun 2020 melalui iPhone 12. MagSafe mungkin boleh dikatakan sebagai fungsi wajib pada iPhone sejak 2020. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menggunakan pelbagai aksesori yang menyokong fungsi tersebut.
Ketiadaan fungsi ini mungkin untuk membezakan siri iPhone 16 dengan iPhone 16e yang dijual pada harga lebih murah. Walau bagaimanapun, peranti ini masih menyokong pengecasan tanpa wayar Qi 7.5W.

Untuk pasaran Malaysia, iPhone 16e dijual pada harga bermula RM2999 untuk 128GB, RM3499 untuk 256GB dan RM4999 untuk 512GB. Bagi yang berminat, iPhone 16e boleh dipra-tempah bermula 21 Februari dengan jualan akan bermula pada 28 Februari ini.