Close

OPPO Find N5 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM7999

OPPO secara rasmi memperkenalkan fon lipat mereka yang seterusnya iaitu Find N5. Peranti ini merupakan fon lipat paling nipis yang ada di pasaran pada ketika ini. Hadir dengan rekaan yang premium dan spesifikasi yang menarik.

OPPO Find N5 hanya setebal 4.21 mm apabila dibuka dan 8.93mm apabila dilipat. Peranti ini hanya seberat 229 gram sahaja. Peranti ini hadir dengan skrin luar 6.62-inci OLED LTPO dan skrin dalaman bersaiz 8.12-inci OLED LTPO. Skrin luar peranti ini menyokong kecerahan puncak 2100 nits manakala skrin dalaman pula 2450 nits. Selain itu, kedua-dua skrin peranti ini menyokong paparan 120Hz, Dolby Vision dan HDR10+.

Peranti ini menggunakan bahan binaan dari rangka aluminium gred 7000 yang menjanjikan 30% lebih kuat berbanding model sebelumnya. Menggunakan teknologi hinge Titanium Flexion yang lebih kukuh dan lebih kecil.

Dikuasakan dengan cip Snadpragon 8 Elite yang digabungkan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan 50W pengecas tanpa wayar.

Menggunakan tetaptan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra + 50MP Telefoto dengan 3x zum optik dan swafoto 8MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan kerjasama dari Hasselblad.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti penarafan IPX6, IPX8, dan IPX9 , pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, Bluetooth 5.4, WiFi 7, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi ColorOS 15 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, OPPO Find N5 dijual pada harga RM7999 untuk 16GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah sehingga 27 Februari 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2854.

ARTIKEL BERKAITAN