MPV EV dari Denza iaitu D9 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Buat yang tidak mengetahui, Denza adalah sub-jenama premium dari BYD dan D9 merupakan model EV pertama yang ditawarkan di Malaysia.

Denza D9 ditawarkan dengan 2 pilihan varian iaitu Advanced dan Premium. Kedua-dua varian ini hadir dengan beberapa perbezaan dari segi jarak gerak, pacuan, kemasan dan juga aksesori yang didatangkan

Untuk Denza D9 Advanced, ia hadir motor tunggal (FWD) yang mampu menghasilkan kuasa 230 kW dan tork 360 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 9.5 saat. Dimuatkan dengan bateri 103.36 kWh yang mampu bergerak sejauh 520 km (WLTP). Untuk pengecasan ia menyokong pengecasan pantas DC 166 kW dan pengecasan AC pada 11.

Bagi Denza D9 Premium pula, ia dilengkapi dengan dwi-motor (AWD) yang menghasilkan kuasa 275 kW dan tork 470 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 6.9 saat sahaja. Turut dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama 103.36 kWh dengan jarak gerak 480 km (WLTP). Turut menyokong pengecasan pantas DC 166 kW dan pengecasan AC pada 11.
Seperti namanya, varian Premium ditawarkan dengan kemasan kulit Nappa, sistem suspensi yang lebih baik dan lain-lain lagi. Untuk keselamatan, Denza D9 ini dilengkapi dengan 8 airbags, Advanced Driver Assistance System (ADAS), Intelligent Cruise Control, Adaptive Cruise Control, Automatic Emergency Braking System, Lane Keeping Assist dan Pedestrian Collision Warning.

Di Malaysia, Denza D9 Advance dijual pada harga RM259K manakala Denza D9 Premium pula dijual pada harga RM309K. Denza turut menawarkan promosi menarik untuk pembeli terawal, menerima pengecas AC 22kW, penyelenggaran percuma selama 6 tahun atau 120,000 KM jarak perbantuan dan aksesori Denza.