Close

Apple pernah merancang untuk buang port USB-C pada iPhone 17 Air

Apple dikatakan pernah merancang untuk melancarkan iPhone 17 Air tanpa port pengecasan USB-C sekaligus menjadikan ia iPhone pertama hadir tanpa sebarang port.

Menurut maklumat, Apple merancang untuk membuang port pengecasan USB-C pada iPhone 17 Air dan bergantung sepenuhnya pada pengecasan tanpa wayar. Namun begitu, rancangan tersebut dikatakan telah dibatalkan oleh Apple.

iPhone 17 Air akan hadri dengan rekaan yang nipis dengan ketebalan hanya 5.5mm sahaja. Berikutan dari itu, Apple merancang untuk membuang port pengecasan USB-C pada peranti ini untuk menjadikan ia nipis.

Ini bukan kali pertama Apple merancang untuk menghasilkan iPhone tanpa sebarang port. Pada 2021, maklumat mengenai iPhone tanpa sebarang port telahpun kedengaran namun ia kekal sebagai spekulasi. Siri iPhone 17 dijangka akan diumumkan pada September tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN