Close

5 tips untuk jaga ‘battery health’ fon Android

Tidak dinafikan teknologi bateri yang digunakan pada fon Android semakin maju. Hadir dengan kapasiti yang besar, sokongan pengecasan pantas dan mempunyai teknologi pengurusan kuasa secara terbina.

Namun begitu, sekiranya tidak dijaga dengan betul ia boleh menyebabkan kesihatan bateri menurun secara mendadak. Jadi untuk kali ini, kami ingin berkongsi tips untuk jaga ‘battery health’ fon Android

1. Elak cas hingga 100% setiap masa.

Tahukah anda, dengan mengecas hingga 100% atau overcharge secara kerap boleh menyebabkan kesihatan bateri menurun dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Berikutan itu, anda disarankan untuk mengecas peranti sehingga 80% atau 90% sahaja. Dengan cara ini, ia dapat mengoptimumkan dan menjaga kesihatan bateri.

2. Aktifkan fungsi ‘Optimised battery charging’.

Buat yang tidak mengetahui, peranti Android terkini menyokong fungsi Battery protection mode atau Optimized baterry charging. Merupakan fungsi pintar yang diperkenalkan untuk menjaga kesihatan bateri jangka masa panjang.

Fungsi ini direka untuk memperlahankan kadar pengecasan dan mengelakkan terjadinya isu overcharge. Sebagai contoh, fungsi ini akan berhenti mengecas sekitar 80% hingga 85% dalam situasi tertentu dan menyambung proses pengecasan sehingga selesai.

3. Guna pengecasan asli atau berkualiti sahaja.

Dengan menggunakan pengecasan asli atau berkualiti ia dapat membantu untuk menjaga kesihatan bateri. Ini kerana, pengecasan asli atau berkualiti direka untuk menyalurkan kuasa yang cekap serta selamat dan tidak merosakkan komponen dalaman seperti bateri atau motherboard.

4. Elakkan peranti dari suhu tinggi atau panas (Overheat).

Seperti yang kita tahu, suhu panas atau tinggi adalah musuh utama bagi bateri yang mana ia boleh menyebabkan kesihatan bateri menurun dengan cepat. Suhu panas atau tinggi akan memberi kesan negatif, terutamanya bateri jenis Li-ion (Lithium-ion) yang digunakan dalam kebanyakan peranti ketika ini.

Oleh yang demikian, pengguna tidak digalakkan untuk menggunakan peranti atau bermain game ketika mengecas. Selain itu, elakkan peranti terdedahkan kepada cuaca atau persekitaran yang panas.

5. Sentiasa kemas kini perisian kepada yang terkini.

Kemas kini perisian tidak hanya menawarkan pelbagai fungsi baru tetapi ia turut hadir dengan penyelesaian untuk prestasi dan juga penggunaan kuasa. Melalui kemas kini, ia dapat mengoptimumkan penggunaan bateri dengan lebih baik dalam masa yang sama memberikan kestabilan pada sistem operasi.

Berikutan itu, pengguna disarankan untuk sentiasa mengemas kini sistem perisian dan aplikasi secara berkala.

ARTIKEL BERKAITAN