HONOR secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu HONOR 400 Lite. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

HONOR 400 Lite hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 3500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7025 Ultra yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP yang disertakan dengan lampu selfie secara terbina. Dimuatkan dengan bateri 5230mAh yang menyokong pengecasan 35W.
Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan butang AI Khas yang menyokong kawalan kamera dan pintasan untuk mengakses Google Lens. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti penarafan IP65, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi MagicOS 9 yang berasaskan Android 15.
Di Malaysia, HONOR 400 Lite dijual pada harga RM1299 untuk 12GB + 256GB. Ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Velvet Grey dan Marrs Green. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapati melalui kedai rasmi HONOR atau pengedar sah di seluruh negara.