Tema klasik yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke-30 PlayStation kini boleh digunakan secara kekal pada PlayStation 5.

Tema yang sebelum ini hanya tersedia secara sementara kini diberikan secara kekal melalui kemas kini baru yang dilepaskan oleh Sony. Bermaksud, semua tema klasik yang diperkenalkan boleh diaktifkan secara kekal oleh pengguna.
Langkah tersebut diambil oleh Sony selepas menerima pelbagai reaksi pengguna yang luar biasa mengenai tema klasik tersebut. Kebanyakkan pengguna berharap tema tersebut ditawarkan kembali dan boleh digunakan secara kekal.

Pada Disember tahun lalu, Sony telah memperkenalkan tema klasik sempena ulang tahun ke-30 PlayStation. Melaluinya, ia menawarkan tema untuk semua generasi PS iaitu PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStaion 3 dan PlayStation 4. Melaluinya, pengguna boleh memilih antara muka dan audio sistem termasuklah boot animation ikonik bagi setiap generasi.

Selain itu, kemas kini ini turut hadir dengan fungsi baru iaitu audio focus. Fungsi ini membolehkan pengguna mengubah keseimbangan saluran audio dan tahap kekuatan fokus audio yang digunakan.