Close

iPhone untuk pasaran AS akan dihasilkan sepenuhnya di India

iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) mungkin akan dihasilkan sepenuhnya di India.

Menurut laporan, Apple merancang untuk memindahkan pembuatan iPhone bagi pasaran Amerika Syarikat ke India. Bermaksud, iPhone untuk pasaran AS akan dihasilkan sepenuh di India. Langkah ini diambil disebabkan oleh perang perdagangan antara AS dan China.

Berikutan dari itu, Apple terpaksa untuk mencari alternatif yang lebih stabil dan ekonomik. Apple telahpun sedia untuk mempelbagaikan lokasi pengeluaran mereka sejak 2017 dengan India menjadi pilihan selepas China.

Pada ketika itu, langkah tersebut dibuat untuk mengelak cukai import tinggi terhadap barangan dari China. Kini dengan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat, langkah ini menjadi lebih penting.

Sebagai rekod, 14% iPhone di dunia kini dihasilkan di India dan dijangka akan meningkat kepada 25% menjelang akhir tahun ini. Apple dijangka akan menghasilkan lebih 60 juta iPhone setahun dari India untuk memenuhi permintaan di AS menjelang akhir 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN