Close

CMF Buds 2a, Buds 2 dan Buds 2 Plus turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM159

Seiring dengan ketibaan peranti baru iaitu Phone 2 Pro, CMF turut memperkenalkan barisan baru TWS yang tampil dengan 3 pilihan model iaitu CMF Buds 2a, Buds 2 dan Buds 2 Plus.

CMF Buds 2a hadir dengan rekaan yang ringan dan dipadankan dengan pemacu audio Bio-fiber 12.4mm yang ditala oleh Dirac. Turut menyokong fungsi Active Noise Cancellation (ANC) 42dB dan mempunyai 4 mikrofon dengan fungsi Clear Voice Technology.

Selain itu, prestasi bass dan kualiti panggilan turut dipertingkat melalui Ultra Bass Technology 2.0 dan Wind Noise Reduction 2.0. Dari segi prestasi bateri, peranti ini mampu bertahan sehingga 35.5 jam tanpa mod ANC dan 23 jam dengan mod ANC diaktifkan. CMF Buds 2a ini menyokong penarafan IP54 dengan sambungan Bluetooth 5.4.

CMF Buds 2 dilengkapi dengan pemacu audio dinamik 11mm PMI dengan Dirac Opteo. Menyokong ANC hibrid 48dB dan mempunyai 6 mikrofon dengan fungsi Clear Voice Technology 3.0 serta Wind Noise Reduction 3.0.

Untuk bateri, peranti ini mampu bertahan sehingga 55 jam tanpa mod ANC dan 32 jam dengan mod ANC diaktifkan. CMF Buds 2 menyokong penarafan IP55, Bluetooth 5.4, ANC adaptif, kawalan sentuhan dan juga mod telus.

Model premium untuk siri ini adalah CMF Buds 2 Plus, hadir dengan pemacu audio 12mm dan menyokong code audio Hi-Res LDAC serta menyokong Spatial Audio Effect. Selain itu, ia turut menyokong ANC hibrid 50dB bersama turut mempunyai 6 mikrofon dengan fungsi Clear Voice Technology 3.0 serta Wind Noise Reduction 3.0.

CMF Buds 2 Plus mampu bertahan sehingga 61.5 jam tanpa mod ANC dan 33 jam dengan mod ANC diaktifkan. Spesifilasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti mod latensi rendah, ciri pengesanan dalam telinga, pengecasan pantas, penarafan IP54, Bluetooh 5.4 dan lain-lain.

Untuk pasaran Malaysia, CMF Buds 2a dijual pada harga RM159, Buds 2 pada harga RM199 dan Buds 2 Plus pula adalah RM229.

ARTIKEL BERKAITAN