Close

CMF Phone 2 Pro tiba di Malaysia dengan harga RM1199

Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Phone 2 Pro. Fon kedua dari CMF ini hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi spesifikasi dan rekaan.

Phone 2 Pro menggunakan rekaan yang lebih nipis dengan 7.8mm dan ringan sekitar 185 gram berbanding Phone 1. hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kandungan HDR10+ dan kecerahan puncak 3000 nits.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300 Pro yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Seperti model sebelumnya, CMF masih mengekalkan rekaan modular sekaligus menyokong pelbagai akesori tambahan seperti kerangka pelindung, lanyard, lens tambahan dan sebagainya. Selain itu, Phone 2 Pro kini menyokong NFC, butang tambahan Essential Key dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 15.

CMF turut menyatakan yang peranti ini akan menyokong kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Di Malaysia, CMF Phone 2 Pro dijual pada harga RM1199 dan ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja iaitu 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan jualan pertama akan bermula pada 6 Mei 2025.

ARTIKEL BERKAITAN