Close

Spesifikasi Samsung Galaxy S25 Edge tertiris –Guna cip Snapdragon 8 Elite dan kamera 200MP

Samsung Galaxy S25 Edge dijangka akan di perkenalkan sekitar Mei tahun ini. Berbeza dengan siri Galaxy S25 yang lain, mode ini memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Terbaru, spesifikasi untuk Galaxy S25 Edge telahpun tertiris sekaligus memberikan maklumat mengenai peranti tersebut. Seperti mana siri Galaxy S25 yang lain, Galaxy S25 Edge akan turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite dan menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15.

Bukan itu sahaja, peranti akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP dan hanya seberat 163 gram sahaja. Dari segi binaan, Galaxy S25 Edge akan menggunakan binaan dari Titanium dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Ceramic 2.

Tiada maklumat mengenai kapasiti bateri namun ia menjanjikan ketahanan bateri yang panjang sesuai untuk penggunaan harian. Seperti biasa, maklumat ini hanya boleh disahkan pada hari pelancarannya. Jadi, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN