Apple melalui iklan terbaru mereka menyarankan pengguna untuk tidak menggunakan sebarang kerangka perlindung atau casing pada iPhone 16.
Iklan yang berdurasi 35 saat tersebut memperlihatkan iPhone 16 telah terjatuh secara tidak sengaja dan tidak mengalami sebarang kerosakkan. Iklan tersebut turut menyatakan yang iPhone 16 dilengkapi dengan Ceramic Shield, bahan binaan yang 2 kali ganda lebih kuat dan lebih tahan lasak.
Walau bagaimanapun, pilihan untuk menggunakan casing adalah bergantung kepada pengguna sendiri.
Di Malaysia, iPhone 16 dijual pada harga bermula RM3999 dan ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Ultramarine, Teal, Pink, White dan Black.