Close

Infinix XPAD GT akan tiba di Malaysia pada 21 Mei ini

Infinix akan turut memperkenalkan tablet baru mereka iaitu XPAD GT bersama dengan GT 30 Pro yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mei ini.

Seiring dengan itu, Infinix turut berkongsi beberapa spesifikasi yang akan digunakan pada XPAD GT. Tablet ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 888, merupakan cip kelas premium yang diperkenalkan pada 2020. Peranti ini akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 13-inci dengan resoluis 2.8K dan menyokong paparan 144Hz.

Tablet ini turut menyokong 8 pembesar suara dan dimuatkan dengan bateri sebesar 10,000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Namun begitu, spesifikasi lain yang menyokong peranti ini masih lagi di rahsiakan.

Buat masa ini, hanya harga jualan dan ketersediaan yang menjadi tanda tanya. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN