Close

Proton perkenalkan hab pengecasan DC di Tanjung Malim

Proton melalui anak syarikatnya iaitu Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) mengumumkan pelancaran hab pengecasan jenis DC untuk EV di Tanjung Malim.

Hab pengecasan DC ini terletak di bangunan pentadbiran kilang Proton di Tanjung Malim, terdapat dua stesen pengecas DC yang mampu mengecas sehingga empat EV secara serentak. Pengecasan ini menawarkan jumlah output sekitar 120kW.

Infrastruktur hab pengecasan ini diuruskan oleh Proton sepenuhnya melalui anak syarikatnya PRO-NET, bukan pihak ketiga. Pengenalan hab pengecasan ini boleh dikatakan sebagai langkah awal Proton sebelum memperluaskan lagi rangkaian pengecasannya.

Pengecasan ini tidak memerlukan sebarang aplikasi berasingan sebaliknya pengguna hanya perlu mengimbas kod QR, seterusnya melakukan pembayaran dan memulakan pengecasan. Kadar harga pengecasan DC yang ditetapkan adalah RM0.80 per kWh.

Seiring dengan pelancarannya, Proton menawarkan diskaun 50% iaitu RM0.40 kWh sepanjang bulan pertama operasinya iaitu 1 hingga 31 Oktober 2025. Selain itu, hab pengecasan tidak hanya terhad kepada Proton sahaja tetapi turut tersedia kepada semua jenis EV tidak mengira jenama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN