Close

Perodua perkenal aplikasi ‘P-Circle’ – Urus EV, hiburan dan eWallet dalam satu aplikasi

Perodua memperkenalkan aplikasi baru yang dipanggil sebagai ‘P-Circle’. Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi hanya dalam satu aplikasi.

P-Circle membawakan konsep Mobility as a Service (MaaS) atau bahasa mudahnya satu aplikasi untuk semua perkara seperti hiburan, gaya hidup, kereta, kewangan dan juga komuniti. Antara lima fungsi menarik yang ditawarkan adalah seperti P-eDuit, P-Charge, P-Home, P-Entertainment dan P-Chat.

Untuk P-eDuit, ia merupakan dompet digital yang boleh digunakan untuk pembayaran dan juga tambah nilai. Manakala untuk P-Charge, ia membolehkan pengguna mengetahui lokasi pengecasan EV dan kawalan untuk pengecasan. P-Home untuk menguruskan rumah pintar, P-entertaiment untuk penstriman video dan akhir sekali P-Chat untuk ruang sembang komuniti.

Aplikasi ini turut menawarkan fungsi lain seperti P-Calendar, P-Marketplace, P-Connect, P-Map dan lain-lain. Memandangkan aplikasi ini masih lagi baru, kita mungkin menjangkakan lebih banyak sokongan yang akan ditawarkan pada masa akan datang.

Ketibaan aplikasi ini memberikan bayangan EV dari Perodua mungkin akan tiba dalam masa terdekat. Bagi yang berminat, aplikasi P-Circle kini tersedia untuk dimuat turun di Apple App Store dan Google Play.

ARTIKEL BERKAITAN