Close

OPPO Find N6 mungkin dilengkapi dengan kamera 200MP

Fon lipat OPPO yang seterusnya iaitu Find N6 dijangka akan tiba sekitar Februari 2026. Walaupun belum diumumkan secara rasmi, namun telah ada laporan mendedahkan maklumat mengenai peranti ini.

Menurut laporan, Find N6 akan dilengkapi dengan kamera 200MP menjadikan ia antara fon lipat terawal yang menggunakan sensor beresolusi tinggi. Peranti ini akan menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan dua sensor 50MP dan satu sensor 200MP. Sensor 200MP berkemungkinan adalah kamera periskop telefoto.

Selain itu, peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Find N6 bakal dimuatkan dengan bateri 6000mAh dan mempunyai berat sekitar 225 gram. Menggunakan skrin luar bersaiz 6.62-inci dan skrin dalaman bersaiz 8.12-inci.

Sekiranya maklumat ini tepat, Find N6 bakal menjadi antara fon lipat yang menarik untuk dinantikan. pada tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN