iQOO dilaporkan sedang membangunkan model baru iaitu iQOO 15 Ultra, memfokuskan kepada gaming dengan beberapa peningkatan yang lebih baik.

Berdasarkan dari maklumat, iQOO 15 Ultra akan membawakan beberapa peningkatan yang menarik berbanding model standard. Perkara paling menarik, peranti ini dikatakan dilengkapi dengan sistem kipas penyejuk dengan saiz yang lebih besar berbanding peranti permainan yang ada di pasaran.

Dengan sistem kipas penyejuk yang besar ia memboleh peranti ini menawarkan kemampuan pretasi setanding dengan cip generasi baru seperti cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 atau Dimensity 9600. Selain itu, peranti ini akan turut dilengkapi dengan shoulder button yang boleh digunakan untuk kawalan permainan seperti mana ditawarkan pada Red Magic atau ROG Phone.
iQOO 15 Ultra berkemungkinan hadir dengan skrin bersaiz 6.85-inci dengan paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak 6000 nits. Peranti dijangka akan diperkenalkan sekitar Februari 2026.