Close

Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit untuk suku keempat 2025

Jualan set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro gagal mencapai sasaran biarpun hadir dengan kemas kini cip Apple M5.

Berdasarkan dari laporan, Vision Pro versi M5 dikatakan tidak memberi kesan besar terhadap jualan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan peranti tersebut. Menurut data dari Financial Times, Vision Pro dianggarkan hanya terjual sekitar 45,000 unit untuk suku keempat 2025.

Data dari Sensor Tower pula mendedahkan, Apple mengurangkan perbelanjaan iklan digital untuk Vision Pro sekitar 95% di Amerika Syarikat dan United Kingdom sepanjang tahun lalu. Pengurangan tersebut, menunjukkan mungkin terdapat perubahan strategi jangka panjang untuk peranti tersebut.

Apple tidak pernah mendedahkan angka jualan rasmi untuk peranti ini, namun berdasarkan dari data tersebut mengambarkan permintaan masih rendah. Harga jualan yang sangat mahal, peranti yang berat, kekurangan aplikasi dan sokongan pembangun dikatakan menjadi punca set kepala realiti pertama dari Apple tidak mencapai sasaran jualan yang baik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN