Close

SARA RM100 akan diterima pada 9 Februari ini – Tersedia untuk warganegara berusia 18 tahun ke atas

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 kepada warganegara berusia 18 tahun dan ke atas yang akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.

Inisiatif ini dijangka akan dapat memanfaatkan seramai 22 juta rakyat dan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup. Selain itu, ia bertujuan untuk membantu persiapan Ramadan dan juga sambutan Tahun Baru Cina.

Sebagai rekod, ia merupakan bantuan kali kedua yang diberikan oleh kerajaan selepas program pertama berakhir pada 31 Disember 2025. Untuk tahun lalu, SARA RM100 telah digunakan oleh 96% rakyat dengan nilai sekitar 2.1 billion, namun jumlah yang tidak dibelanjakan adalah sekitra RM150 juta.

ARTIKEL BERKAITAN