Close

EU wajibkan fon guna bateri boleh diganti – Berkuat kuasa 2027

Kesatuan Eropah atau European Union (EU) akan melaksanakan peraturan baru mewajibkan bateri telefon pintar yang dijual mesti boleh ditukar atau diganti oleh pengguna.

Pelaksanaan ini akan bermula pada Februari 2027 dengan semua peranti mudah alih termasuk telefon pintar atau tablet wajib mematuhi syarat tersebut. Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak akan mengembalikan bateri jenis swappable dengan panel belakang yang boleh dibuka seperti Samsung Galaxy S2.

Sebaliknya, peraturan ini mewajibkan bateri peranti boleh diganti oleh pengguna dengan mudah tanpa memerlukan sebarang peralatan khas yang kompleks. Selain itu, EU turut menetapkan bateri gantian mesti mudah untuk didapati dengan sokongan sekurang-kurangnya 5 tahun selepas pelancaran.

Perlaksanaan ini adalah untuk memanjangkan jangka hayat peranti dalam masa yang sama dapat mengurangkan pembaziran elektronik (e-waste). Langkah ini bukan sahaja memberi kesan kepada pasaran Eropah, tetapi berpotensi turut mengubah landskap pasaran global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN