Close

Siri iQOO Z11 5G akan tiba di Malaysia tak lama lagi

iQOO Malaysia mengesahkan siri iQOO Z11 akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Melalui siri ini, dua peranti akan diperkenalkan iaitu iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G.

iQOO Z11 5G memfokuskan kepada rekaan yang nipis serta prestasi yang berkuasa, namun dalam masa yang sama menawarkan kapasiti bateri yang besar. Antara ciri menarik yang akan tiba pada peranti ini adalah sokongan bateri sebesar 9020mAh Silicon BlueVolt, bateri paling besar yang pernah digunakan pada peranti iQOO setakat ini. Bateri ini akan dipadankan dengan pengecasan FlashCharge 90W.

Walaupun dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar, namun peranti ini kekal nipis iaitu dengan 8.25mm sahaja. Tidak ketinggalan, peranti ini akan turut dilengkapi dengan sistem penyejukan Icecore Cooling System 7000 mm² untuk pengaliran haba yang lebih baik ketika bermain permainan.

Manakala untuk iQOO Z11x 5G, ia hadir dengan cip Dimensity 7400-Tubro, bateru 7200mAh, pengecasan FlashCharge 44W dan menyokong penarafan IP68/IP69. Seiring dengan ketibaanya ke pasaran tempatan, iQOO Malaysia kini membuka pra-tempahan bagi kedua-dua peranti bermula 27 April sehingga 5 Mei 2026 dengan nilai hadiah sehingga RM516.

ARTIKEL BERKAITAN