Close

WhatsApp dijangka perkenal ‘Cloud Storage’ sendiri

WhatsApp dijangka akan memperkenalkan cloud storage sendiri untuk tujuan sistem backup atau sandaran. Ketika ini, sistem sandaran pada WhatsApp menggunakan storan daripada iCloud atau Google Drive dan masalah utama perkara ini adalah berkongsi storan dengan fail atau data lain.

Merujuk kepada laporan, WhatsApp bakal memperkenalkan perkhidmatan storan mereka sendiri tidak lama lagi. Melaluinya, WhatsApp akan menawarkan storan 2GB secara percuma dengan pilihan langganan berbayar bermula 50GB dan ke atas.

Ketibaan fungsi ini akan memberi pengguna lebih fleksibiliti dalam menguruskan sandaran dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada storan pihak ketiga. Selain itu, pengguna dijangka akan mempunyai pilihan untuk menggunakan storan dari WhatsApp atau dari pihak ketiga.

Malangnya, tiada maklumat mengenai ketibaan ciri ini memandangkan ia masih lagi diperingkat awal.

ARTIKEL BERKAITAN