Close

Steam Controller akan dijual bermula 4 Mei ini

Valve akhirnya mengumumkan harga rasmi dan juga ketersediaan untuk Steam Controller, akan ditawarkan bermula 4 Mei 2026.

Sebelum ini, alat kawalan ini telahpun diperkenalkan pada November tahun lalu tanpa sebarang maklumat mengenai penjualannya. Steam Controller hadir dengan rekaan yang menarik yang dilengkapi dengan dua trackpad, thumbstick magnetik berasaskan TMR atau Hall Effect, serta sokongan HD rumble untuk pengalaman getaran yang lebih tepat.

Tidak ketinggalan, terdapat juga empat butang tambahan yang diletakkan pada bahagian belakang untuk memberi lebih fleksibiliti kepada pemain. Selain itu, alat kawalan ini turut hadir dengan aksesori magnetik khas yang dipanggil “charging puck”. Menariknya, aksesori ini bukan sahaja berfungsi sebagai pengecas, tetapi juga sebagai dongle tanpa wayar.

Dari segi ketahanan bateri, alat kawalan ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 8.39Wh yang dikatakan mampu bertahan lebih dari 35 jam penggunaan. Selain sambungan melalui USB-C, alat kawalan ini juga boleh disambungan melalui Bluetooth 2.4Ghz.

Steam Controller ini akan dijual pada harga $99 (RM391) yang akan ditawarkan bermula 4 Mei 2026 di Amerika Syarikat, Kanada, UK, EU, Australia, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan

ARTIKEL BERKAITAN