Singapore Airlines bakal menjadi syarikat penerbangan seterusnya yang menyediakan perkhidmatan internet melalui Starlink untuk pengguna mereka.
Singapore Airlines akan berkerjasama dengan Starlink dalam menyediakan sambungan Wi-Fi dalam penerbangan mereka. Perlaksanaan ini akan bermula secara berperingkat pada suku pertama 2027 dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung 2029.

Perkhidmatan ini akan ditawarkan pada pesawat Airbus A350-900 Long‑Haul (LH), A350-900 Ultra‑Long‑Range (ULR) serta A380. Kesemua pesawat ini akan dilengkapi dengan antena Starlink yang menyokong kelajuan sehingga 1Gbps.
Bermakna penumpang boleh melakukan pelbagai aktiviti dalam talian dengan lebih lancar seperti penstriman video, bermain permainan, memuat naik kandungan atau fail bersaiz besar tanpa sebarang gangguan.
Selain itu, Wi-Fi tanpa had secara percuma ini ditawarkan kepada semua penumpang termasuk Suites, First Class, Business Class, ahli PPS Club, serta ahli KrisFlyer yang menaiki kelas Premium Economy dan Ekonomy.
Dengan langkah ini, Singapore Airlines terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara syarikat penerbangan yang menawarkan pengalaman digital paling lengkap di udara, selari dengan keperluan penumpang masa kini yang sentiasa mahu kekal berhubung.