Close

WhatsApp bakal tamatkan sokongan pada peranti dengan iOS 15.4 ke bawah

WhatsApp bakal menamatkan sokongan aplikasi mereka pada peranti yang menjalankan sistem operasi iOS versi lama berkuat kuasa pada 30 November ini.

Selepas tarikh tersebut, aplikasi WhatsApp hanya boleh digunakan pada iPhone yang menjalankan versi iOS 15.5 dan ke atas. Bermaksud, iPhone dengan iOS 15.4 dan ke bawah tidak lagi boleh menyokong aplikasi tersebut. Bukan sahaja WhatsApp Messenger, WhatsApp Business turut terkesan dengan perlaksanaan ini kerana berkongsi kod sumber yang sama.

Pengguna iPhone dengan iOS 15.4 ke bawah tidak perlu membeli peranti baru sebaliknya hanya perlu menaik taraf ke iOS 15.5 berikutan kemas kini tersebut boleh dipasang pada model yang menyokong iOS 15.

Menurut WhatsApp, langkah tersebut dibuat untuk membolehkan peranti menyokong ciri baru dengan lebih lancar dan stabil dalam masa yang meningkatkan keselamatan aplikasi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN