Close

Xiaomi bakal perkenal robot pengecas EV – Boleh cas kenderan secara automatik

Xiaomi bakal memperkenalkan robot pengecas EV yang boleh mengecas kenderaan elektrik secara automatik.

Robot pengecas EV ini mampu menyambungkan pengecas ke kenderaan secara automatik tanpa memerlukan sebarang bantuan dari pengguna. Robot pengecasa ini akan dilengkapi dengan lengan robotik yang direka khas untuk kegunaan rumah.

Menurut Xiaomi, sistem tersebut menggunakan teknologi pengecaman visual berasaskan AI bagi mengenal pasti port pengecasan sebelum menyambungkan pengecas secara automatik. Robot pengecas ini turut boleh berkomunikasi secara terus dengan kenderaan yang serasi untuk membuka atau menutup port pengecas secara automatik.

Selain itu, robot pengecas ini boleh menghentikan pengecasan dan mencabut kabel secara sendiri apabila bateri mencapai tahap yang ditetapkan serta boleh diintegrasikan dengan ekosistem pintar Xiaomi.

Buat masa ini, Xiaomi belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga jualan atau pelancarannya. Namun begitu, Xiaomi mengesahkan robot pengecas EV ini akan diperkenalkan pada suku keempat tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN