Close

Caj RM1 untuk pengeluaran ATM akan dihapuskan – Berkuat kuasa 1 Julai

Bermula 1 Julai 2026, tiada lagi caj RM1 akan dikenakan untuk pengeluaran wang tunai di mana-mana mesin ATM di seluruh negara.

Pengumum itu dibuat oleh Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM). Melalui inisiatif ini, pemegang kad debit di Malaysia boleh mengakses lebih 14,000 ATM tanpa mengira bank dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

Pemansuhan caj ini mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai dan mudah di samping membantu meringankan kos yang ditanggung oleh pengguna. Namun begitu, pengecualian caj itu terpakai bagi ATM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia sahaja.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi kebanyakan komuniti, namun bank turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN