Headphones Neo merupakan produk audio over-ear pertama yang ditawarkan oleh REDMI. Biarpun ia adalah headphone over-ear pertama, namun peranti ini hadir dengan pelbagai ciri menarik. Sekiranya, anda sedang mencari headphone over-ear, model ini wajar dipertimbangkan.
Bateri sehingga 72 jam

Perkara menarik pertama mengenai REDMI headphones Neo adalah jangka hayat bateri. Menurut REDMI peranti ini mampu bertahan sehingga 72 jam penggunaan. Kemampuan ini mengatasi kebanyakan headphone dalam kelas yang sama yang ditawarkan oleh pelbagai jenama atau pengeluar.

Walau bagaimanapun, ketahanan atau jangka hayat bateri bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kelantangan dan juga penggunaan mod ANC. Suka untuk diingatkan, hasil akhir mungkin berbeza kerana ia bergantung kepada penggunaan pengguna.
Pada penggunaan kami, REDMI headphones Neo masih mampu memberikan jangka hayat bateri yang baik walaupun dengan mod ANC, mampu bertahan sehingga seminggu sebelum perlu dicas semula. Bercakap mengenai pengecasan, peranti ini boleh dicas menggunakan sambungan USB-C.
40mm dynamic driver

REDMI headphones Neo dilengkapi dengan 40mm dynamic driver yang direka untuk menghasilkan bunyi yang lebih penuh dan bertenaga. Saiz driver yang besar membantu untuk memberikan bass yang mendalam serta lebih terasa, sesuai untuk pelbagai genre muzik termasuk untuk menonton filem atau movie.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut menyokong julat frekuensi yang tinggi iaitu 20Hz – 40,000Hz, membolehkan ia menghasilkan perincian audio yang lebih baik pada frekuensi tinggi. Hasilnya, pengguna boleh menikmati pengalaman audio yang lebih imersif dengan vokal yang jelas dan instrumen yang lebih terperinci.
Selain itu, peranti ini menyokong penarafan Hi-Res Audio melalui sambungan kabel menawarkan pengalaman kualiti audio yang lebih baik tanpa perlu berbelanja besar.
ANC sehingga 42dB

REDMI Headphones Neo hadir dengan Active Noise Cancellation (ANC) dengan tiga tahap pembatalan bunyi. ANC pada peranti ini menyokong sehingga 42dB yang mampu mengurangkan bunyi latar seperti trafik, penghawa dingin dan sebagainya.

Terdapat juga mod Adaptive ANC yang melaraskan tahap pembatalan bunyi secara automatik berdasarkan keadaan persekitaran semasa. Tidak ketinggalan terdapat juga mod Ambient yang membolehkan bunyi persekitaran masuk apabila diperlukan, memudahkan pengguna untuk berbual serta peka terhadap keadaan sekeliling tanpa perlu menanggalkan peranti.
Gabungan mod ini membolehkan peranti ini menawarkan pengalaman pendengaran yang lebih selesa dan fleksibel untuk kegunaan harian.
Tiga mikrofon terbina dengan AI call noise reduction

REDMI Headphones Neo dimuatkan dengan tiga mikrofon terbina yang sesuai digunakan untuk panggilan suara,atau video mahupun arahan suara. Mikrofon ini dilengkapi teknologi AI call noise reduction yang membantu mengurangkan bunyi latar di sekeliling dalam masa memfokuskan kepada suara pengguna.

Melaluinya, suara pengguna akan menjadi lebih jelas ketika melakukan panggilan biarpun dalam persekitaran yang sibuk atau bising. Kedudukan mikrofon yang tersusun dan pratikal menjadikan ia sesuai untuk kegunaan harian tanpa memerlukan mikrofon luaran atau modul tambahan pada kabel.
Secara keseluruhan, kemampuan mikrofon pada peranti ini sememangnya cukup baik sesuai untuk pelbagai situasi seperti kelas dalam talian komunikasi harian dan sebagainya. Walaupun prestasinya mungkin tidak setanding mikrofon profesional untuk rakaman kandungan, kualitinya sudah memadai untuk kebanyakan pengguna yang mahukan komunikasi suara yang jelas dan selesa setiap hari.

Untuk pasaran tempatan, REDMI Headphones Neo dijual pada harga RM239 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Sand White.