Close

Nothing batalkan CMF Phone 3 Pro – Ini sebabnya…

Nothing mengesahkan bahawa tiada fon baru akan diperkenalkan di bawah jenama CMF untuk tahun 2026.

Maklumat tersebut disahkan oleh pengasas bersama Nothing iaitu Akis Evangelidis, sekaligus menghentikan spekulasi mengenai CMF Phone 3 Pro yang dikatakan tiba sekitar Ogos atau September tahun ini. Menurut beliau, peningkatan kos komponen memori menjadi faktor pendekatan tersebut diambil.

Salah satu sebab peningkatan kos ini adalah kerana permintaan yang tinggi untuk industri kecerdasan buatan (AI). Peningkatan kos komponen tersebut memberi kesan yang lebih besar pada segmen peranti bajet berbanding kelas pertengahan atau andalan. CMF tidak mahu memperkenalkan peranti baru yang hanya menawarkan peningkatan kecil.

Walaupun tiada CMF Phone baru yang akan diperkenalkan pada tahun ini, namun beberapa produk CMF lain akan tiba dalam masa terdekat. Terdapat kemungkinan, produk tersebut adalah peranti kategori baru yang belum pernah ditawarkan oleh CMF.

ARTIKEL BERKAITAN