OnePlus dilaporkan bakal mengumumkan perubahan strategi berskala besar dalam masa terdekat.
Menurut laporan, OnePlus dijangka akan mengumumkan perubahan strategi yang menyaksikan jenama tersebut mungkin akan menghentikan operasi mereka di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak akan terkesan untuk pasaran India dan juga China.
Selain itu, perubahan ini tidak akan terkesan kepada pengguna sedia ada, OPPO akan mengambil alih tugas dalam menawarkan kemas kini perisian dan juga sokongan untuk semua peranti OnePlus sehingga tamat tempoh sokongan yang dijanjikan.

Baki stok atau model sedia ada akan terus dijual dalam beberapa minggu akan datang, namun tiada stok atau model baru yang akan diperkenalkan di Eropah dan Amerika Syarikat. OnePlus 15 berkemungkinan akan menjadi model andalan terakhir yang ditawarkan oleh OnePlus ebelum perubahan ini dilaksanakan.
Buat masa ini, OPPO dan OnePlus belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai laporan ini. Oleh yang demikian, laporan ini mungkin boleh dianggap sebagai khabar angin sehingga terdapat pengesahan rasmi dibuat.