Counterpoint Research melaporkan pengeluaran cip telefon pintar menurun sebanyak 15% untuk separuh pertama 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu.
Penurunan ini dikatakan berpunca daripada krisis bekalan cip memori yang masih berlarutan, sekali gus memberi kesan kepada pengeluar telefon pintar dan pembekal cip. Laporan sama menyatakan, Qualcomm dan MediaTek adalah pengeluar paling terkesan dengan anggaran penurunan sekitar 25% berbanding separuh pertama 2025.

Sebagai perbandingan, untuk tempoh yang sama MediaTek memegang 37% pasaran cip, manakala Samsung pula memegang 22%. Penyusutan sekitar 5% untuk MediTek dan 4% untuk Samsung bagi separuh tahun 2026.
Counterpoint menjangkakan penghantaran cip telefon pintar akan terus menurun sekitar 14% sepanjang 2026, dengan segmen fon kelas permulaan dijangka mengalami penyusutan paling ketara, iaitu sehingga 30% berbanding tahun sebelumnya.
(Sumber)