Close

Sony Xperia 1 VIII tiba di Malaysia dengan harga RM6499

Sony Malaysia kini sedia untuk menawarkan peranti andalan baru mereka iaitu Sony Xperia 1 VIII. Peranti ini telahpun dilancarkan secara rasmi sekitar Mei lalu dan kini tiba ke pasaran tempatan.

Xperia 1 VIII tampil dengan perubahan kecil pada rekaan dengan menggunakan rekaan modul kamera baru. Hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 12MP. Selain itu, Sony kekal bekerjasama dengan ZIESS untuk menawarkan pengalaman fotografi yang lebih baik.

Sony turut memperkenalkan fungsi AI untuk kamera berasaskan ‘Xperia Intelligence’ yang boleh memberi cadangan tetapan kamera secara automatik mengikut situasi semasa seperti cuaca, subjek dan pencahayaan.

Dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 30W berwayar dan juga 15W tanpa wayar. Selain itu, peranti ini masih mempunyai bicu audio 3.5mm dan sokongan kad mikro SD sehingga 2TB.

Di Malaysia, Xperia 1 VIII dijual pada harga RM6499 dengan empat pilihan warna iaitu Graphite Black, Lolite Silver, Garnet Red dan Native Gold. Seiring dengan ketibaanya, pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM1784 iaitu fon telinga WF‑1000XM6 dan aksesori Style Cover with Stand.

ARTIKEL BERKAITAN