Close

Microsoft naikkan harga jualan Xbox Series X|S

Microsoft mengumumkan kenaikkan harga jualan konsol Xbox Series X|S di beberapa pasaran utama bermula Ogos 2026.

Kenaikkan harga jualan ini menyaksikan pengguna di Amerika Syarikat, Eropah dan United Kingdom perlu membayar harga yang lebih mahal berbanding sebelum ini. Di Amerika Syarikat, Xbos Series S menerima peningkatan sekitar $100 (RM409) untuk model 512GB, manakala untuk model 1TB pula meningkat sekitar $150 (RM614). Bukan itu sahaja, Microsoft turut menghentikan jualan untuk semua model 2TB.

Pasaran Eropah menerima peningkatan paling ketara, untuk Xbox Series S 512GB ia kini dijual pada harga sekitar €500 (RM2359), berbanding €350 (RM1651) sebelum ini. Di United Kingdom pula, Xbox Series S 512GB kini dijual pada hargasekitar £430 (RM2028), berbanding £300 (RM1415) sebelum ini. Sementara itu, Xbox Series X Disc Version 1TB meningkat kepada £670 (RM3161) daripada £500 (RM2359).

Kenaikkan harga ini disebabkan oleh masalah bekalan memori global, lebih teruk masalah ini dijangka akan berterusan sehingga 2030 atau mungkin lebih lama menurut beberapa penganalisis industri.

Ini bukan kali pertama Microsoft menaikkan harga jualan untuk konsol Xbox. Sebelum ini, Microsoft telahpun menaikkan harga jualan pada Oktober 2025. Selain Microsoft, Sony dan Nintendo turut melakukan perkara sama menaikkan harga jualan untuk konsol mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN